Thursday, April 5, 2012

Bila dengar lagu Laskar Pelangi yang dinyanyikan oleh Nidji tiba-tiba aku teringat cerita Laskar Pelangi dan Sang Pemimpi..aku dah pernah tengok citer ni tahun lepas kat Astro.. memang layan.. bagi aku kisah laskar pelangi sungguh unik dan memberi kesan mendalam terhadap pendidikan. sedih pun ada bila mengenangkan nasib kanak2 bijak yang tak mampu meneruskan pelajaran kerana kemiskinan dan sanggup berkorban demi adik2. Aku tergerak untuk meng'google siapakah penulis sebenar naskah Laskar Pelangi ni.. baru sekarang aku kenal siapa itu Andrea Hirata yang merupakan menulis novel hebat di Indonesia. aku cuba cari novel Laskar Pelangi dan ternyata ade sambungan kepada Laskar Pelangi iaitu Sang Pemimpi, Edensor dan Mimipi-mimpi Lintang. Mane aku nak cari semua novel Andrea Hirata kat sini? aku try Kinokuniya online dan MPH online. ADA! aku teruja! tapi Edendor kehabisan stok. aku frust kejap. aku try lagi search indonesia+bookstore+online. ADA! 1 set keempat2 novel tu tapi.... tapi dia tak deliver ke Malaysia pulak...


koleksi novel Andrrea Hirata

tiba-tiba aku terklik blog pustaka iman .. oh ADA!..ok aku teruja dan nak g order online... yahuuuu!!!

oh aku terbaca sinopsis novel terbaru Andrea Hirata bertajuk Sebelas Patriot dan ade tertulis nama Ikal.. emm adakah ini juga sambungan kepada Laskar Pelangi? aku mahu order yang ini juga... ngeee~~~

naskah terbaru Andrea Hirata

aku pun google Belitung nak tahu dimana lokasi sebenar dan apa yang menarik kat Belitung sehinggakan Belitung menjadi tempat pelancongan. dan ternyata Belitung sangat2 cantik.. aku teruja mahu ke sana!

Negeri Laskar Pelangi
credit pic : https://untung09.wordpress.com/2010/08/29/trip-ke-negeri-laskar-pelangi/
tengoklah air laut yang jernih.. waaaaaahhhhhh... aku mahu ke Belitung! opss tunggu tiket tambang murah airasia ke Jakarta. dari jakarta kena naik flight untuk ke Belitung dan ambik mase lebih kurang 45-55 minit untuk sampai... mula simpan duit!! sekian :p

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright (c) 2010 Marea Zada. Design by Wordpress Themes.

Themes Lovers, Download Blogger Templates And Blogger Templates.