Wednesday, April 18, 2012

nama budak kenit ni adik nitt road runner. tapi aku panggil nitt kadang2 panggil adik hihu... budak ni aku jumpa kat gerai burger 'road runner' kat ampang campuran. gerai tu milik laki aku punye kawan. mula2 memang aku ade terasa nak bela kuceng dan aku teringin nak bela kuceng kaler itam putih pakai tuxedo dan berstokin.. hihihi bleh bayangkan tak? dah try usha2 kot2 la jumpa kritiria kuceng yang aku idamkan. tapi tak jumpa. pas tu kat opis aku ni ade sekor ibu kuceng sedang bunting so ingat bila dah beranak aku nak amek anak dia sekor. tapi macam kesian pulak sebab dia ade ibu. nanti kang mak dia cari pulak anak dia. huhuhu

aku siap dah beli biskut cap IAMS standby kalau2 aku terjumpa kuceng so tak payah menggagau cari makanan kuceng.

hari ahad 15/4/2012 aku ngan laki aku konon2 nak try makan burger bakar kaw kaw yang femes tu kat section 2 wangsa maju. sampai2 sane tengok perghhhhh.. punya lah ramai yang beratur tunggu giliran. ade yang cakap order pukul 7 malam dapat burger kul 10 malam... bersawang tunggu. so tak jadi dan last2 makan burger road runner je laaa.. time tu aku nampak ade 2 orang budak tahfiz ni tengah pegang anak kuceng. dalam hati confirm budak ni nak buang kuceng ni. tengok2 betul. dia tinggalkan kuceng ni kat kedai mamak.

kat area situ banyak kuceng besar2. taiko la kiranya. aku perati jek. kuceng2 taiko ni dia buli budak kecik ni. pastu laki aku amek bagi kat aku. laki aku suruh aku amek bawak balik. ahaks. time tu bukan maen baik lagi budak ni. senyap jek. aku peluk bukan main sedap dia tido.

kesian pulak tengok budak ni sebatang kara. tak de mak. tak de adik beradik. so aku bayangkan kalau dia tinggal sekor2 kat situ pastu kena buli ngan budak2 taiko tu. huhuhu kesian. aku pun amek bawak balik. sampai2 rumah terus aku masak air panas pastu mandikan dia bagi dia makan.

tapi dia ni suka memekak la pulak. bising je keje nye. bingit telinga hahaha. aku suruh dia tido dalam bilik air. senang kalau berak nak cuci. tapi masalahnye bile dah masuk bilik air mulut dia tak reti nak senyap. bising je. kalau lepaskan kang dia berak kencing merata ahhh tak sanggup aku nak cuci. biar je dia duduk dlm bilik air. letak kain tempat dia tido + makanan + air.

dia ni manjenye yang amat. suka kena dukung. umor baru sebulan kot. tak pe tunggu dia besar sikit senyap la mulut dia dan lagi senang nak jaga. tak yah duduk dlm bilik air lagi.

hehehe ok lah daaaaaaaaaaaaaaaaaaaa................

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright (c) 2010 Marea Zada. Design by Wordpress Themes.

Themes Lovers, Download Blogger Templates And Blogger Templates.